Followers


Thursday, March 29, 2012

Tips pakai contact lens

 

Aku buat entry nie sebab selalu sangat dah dengar orang jadi buta sebab kanta lekap..huhu..Sebelum nie mata aku penah jgk jadi merah2 & berair.. coz aku slalu ambik mudah ttg cara pmakaian lens nie.. kdg2 aku pakai lens smpai terlupa nak buang dulu.. then pagi esok tu aku bgn pastu bru perasan aku tak buang pun.. *takmau buat camnie dh*

Panduan untuk pengguna kanta lekap

• Gosok dan sental kanta lekap korang sehingga bersih: sejak beberapa tahun kebelakangan nie, cecair cucian ‘tanpa sental’ semakin popular, tetapi kebanyakan pakar mata hari nie menyarankan penggunaan kembali teknik ‘sental dan bilas’.

• Penting untuk korang membersihkan kanta lekap setiap kali menyentuhnya. Jika menggunakan cecair kanta lekap serbaguna, titiskan beberapa cecair itu di telapak tangan sebelum meletakkan kanta lekap di tangan, kemudian sental selama 10 saat (bersamaan masa yang diambil untuk menghantar pesanan ringkas) pada kedua-dua kanta lekap itu. Cara sentalan adalah gerakan kedepan dan kebelakang, atas dan bawah.

• Bilas dengan cecair serba guna selama 5 saat pada setiap kanta lekap sebelum menyimpannya kedalam bekas yang diisi cecair serba guna yg baru dan rendamkan untuk sekurang-kurangnya 6 jam bagi memastikan cecair itu dapat membasmi kuman, membersih dan memastikan segala protein yang terbentuk dapat dihilangkan.

• Sentiasa mencuci kanta lekap dengan cecair yg betul, jangan gunakan air paip pulak. Air paip mungkin mengandungi mikro-organisma yg boleh menakibatkan jangkitan mata. Kanta lekap tak boleh bercampur dengan air paip. Satu kajian baru-baru nie menunjukkan lebih satu daripada 5 pungguna kanta lekap taktau langsung mengenai bahaya tu.

• Elakkan penggunaan kanta lekap dalam kolam renang dan ketika mandi. Kira-kira 70 peratus pengguna mengakui menggunakan kanta lekap ketika mandi. Risiko air paip atau air yang sudah dirawat terkena pada kanta lekap, menjadi semakin ketara apabila berada di persekitaran basah. Selain tu, korang perlu ingat mengenai bahaya bahan kimia yang digunakan di dalam air kolam renang serta risiko kehilangan kanta lekap.

• Jangan biarkan bekas kanta lekap menjadi punca jangkitan. Cuci bekas kanta lekap setiap hari dengan cecair serba guna dan menggantikan bekas tu setiap bulan atau 3 bulan sekali. Anggaplah bekas kanta lekap korang ada expired date jugak keyh?? Kebanyakkan pengguna kanta lekap tak mengendahkan dua perkara tu, malah ada juga yg tak pernah mencuci bekas kanta lekap mereka. Pengguna kanta lekap juga perlu mengelak ‘menambahkan’ cecair baru tanpa mengosong atau mencuci bekas kanta lekap terlebih dahulu. Cecair yang telah digunakan mungkin telah mengandungi bakteria berbahaya. Yang boleh mengakibatkan jangkitan.

• Kanta lekap bukan satu produk kosmetik semata-mata, kerana ia sebenarnya adalah alat perubatan yang SENSITIF yg korang perlu tumpukan lebih perhatian terhadap keselamatan mata.


Cara Pemakaian Kanta Lekap yang Betul 

Setelah membeli larutan serba guna yang sesuai, amalkan cara pemakaian kanta lekap yang betul.
  • Cuci dan keringkan tangan betul-betul sebelum memakai atau menanggalkan kanta lekap.
  • Gosok setiap permukaan kanta lekap perlahan-lahan selama sekurang-kurangnya 10 saat sebelum membilas dan menyimpannya di dalam larutan serba guna.
  • Selepas memakai kanta lekap, bersih dan biarkan bekas kanta lekap kering dengan sendiri.
  • Gantikan larutan serba guna di dalam bekas kanta lekap anda dengan yang baru setiap hari.
  • Gantikan bekas menyimpan kanta lekap anda sekali setiap tiga bulan.
  • Buangkan larutan kanta lekap yang tamat tempoh.
  • Jangan memakai kanta lekap melebihi masa ditetapkan.
  • Berhenti memakai kanta lekap jika mengalami simptom luar biasa dan dapatkan rundingan perubatan jika perlu.

## okeh stakat nie saja buat kli nie, nanti aku update lg yea! bubye ##

POLI Bloggerz