1. Jangan
terlalu mabuk cinta
Bercinta tu boleh tapi jangan
sampai tak ingat dunia dah. Dalam kalangan kita hari nie, memang ada yang
terlalu taksub dengan cinta. Si jejaka pulak asyik mengayat si gadis dengan kata-kata
cinta yg menusuk kalbu.. Ingat taw! Berpijaklah di bumi yang nyata bukan dunia
khayalan.
2. Jangan
terhasut dek keinginan
Berhati-hatilah dengan keinginan
hati yang terlalu melonjak. Tak perlu terlalu kejar keinginan hati untuk
memiliki si jejaka. Siasat dulu background si jejaka tu. Maybe indah khabar
dari rupa ja. Jangan mudah tertipu.
3. Jangan
terlalu teruja dengan popupariti
Mesti excited kan apabila si dia
yang femes gila-gila kat tempat korang kerja atau belajar mendekati korang, nak
berkenalan la katakan..hihi. Mentang-mentanglah dia dikatakan The Most Wanted Bachelor, *0pss sorry
kalau ada yg terasa* hensem macam Shah Rukh Khan & segak bergaya terus
korang terima cintanya. Haa masalahnya kenal pun tak..mana tau si dia mempunyai
sikap yg korang tak suka.
4. Jangan
pandang pada hartanya
Si jejaka drive kereta mewah2 tu,
pastu korang dah mula berangan macam-macam da.. stop it okeh! Harta hanya
pinjaman, belum tentu membawa bahagia yg berterusan.
5. Jangan
terpengaruh dengan situasi
Dah setahun hidup single, takda
kekasih hati nak bermanja-manja, nak keluar tengok wayang.. so korang pun nak
ada pakwe dlm masa terdekat kan.. Hurmm bukannya tak boleh, benda nie penah
jugak terjadi kat aku.. Aku kenal seorang lelaki nie, memang baik sgt..aku cuba
nak sygkan org tu.. tapi bila dah lama kenal, rupanya aku juz sayang ja kat
lelaki tu takda cinta pun.. Aku rasa brsalah sgt coz buat si dia frust ngan
aku... =( So korang jangan terlalu
terdesak utk memiliki sebuah cinta.. Ingat! Setiap org.. Allah dah tetapkan
jodoh masing-masing..
6. Jangan
percaya dengan ‘kepercayaan karut’
Zaman sekarang kita memang selalu
tilik nasib melalui zodiak. Pantang ada majalah baru kuar kalut ja g beli kat
kedai pastu terus selak bahagian belakang sekali tgok kat part zodiak..hihihi!
aku penah buat jgk benda karut camnie tapi zaman skolah dulu laa… budak baru
nak up katakan,,.*macam la dah matang sgt skrang nie*.. kalau korang masih suka
merujuk hal cinta mengikut zodiak lg.., better korang tinggalkan habit tu.
Cukup sekadar menjalinkan hubungan cinta korang mengikut keserasian bersama..
##Okeh cukup setakat nie aku
membebel..dahaga pulak.. hehe, kbai…##
No comments:
Post a Comment