Susah nak benti merokok?
*majoriti lelaki kan suka merokok.. gurl sume budak baik..kan kan??*
Kat sini ada senarai cara berhenti merokok untuk perokok-perokok TEGAR ..
tolonglah paham..merokok tu tak macho langsung la cik abang..huhuhu!!
Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...
1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Bila duduk-duduk takda kerja, mulalah tangan gatal raba poket keluar kotak ngan lighter..apa kata kalau takda buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran korang daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, baca buku, bermain muzik, berkebun dan yang paling senang..buat kerja yang tak siap-siap tu..
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa nak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Orang yang suka bersukan nie selalunya menitik beratkan kesihatan diri..
apa kata bila rasa nak merokok ja korang buat pumping seribu kali..ada bran??
8. Tetapkan Pendirian
Arinie kata nak berhenti, tup-tup besok kawan ajak dia on ja..alahai..tetapkan lah pendirian tu cik abang oiii.. SAYA TAKNAK MEROKOK!
SAYA DAH BERHENTI MEROKOK! wow! macho laa abang nie! *i like*
9. Perhati Kotak Rokok Lama-lama
Ada gambar ngeri kan kat kotak tu??apa kata korang cuba bayangkan orang
yang korang sayang dalam gambar tu..dan penyebabnya adalah ANDA! Apa korang rasa?? *pikir2 laa eh*
10. Bakar Duit Seringgit
Korang
merokok eh??? cuba bakar seringgit..sebatang seringgit kan
sekarang.. 'eyh!! mana boleh bakar duit'..habis tu..korang hisap rokok macam
mana? makan kah? masakkah? bukankah korang bakar?? tau pulak sayang nak
bakar duit ek =.="hehe..tunggu apa lg? jom lah berhenti merokok beramai-ramai..katakan TAKNAK KEPADA ROKOK dan PEROKOK..!!
## kami kaum WANITA taknak BERSUAMIKAN perokok.. peAce yaw! ##
No comments:
Post a Comment