Followers

Saturday, March 17, 2012

Hangat : Tips GEMUKKAN badan


Korang ingat nak kurus ja ada tips.. no no! !
Bagi yg kureng berat badan…
catat point nie yea..


1) MAKAN NASI BERULANG-ULANG

Makan secara kerap.. kalau takda selera makan,boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari. Caranya korang kena ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan bukan saja menambah lemak yang tak sihat, tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.

2) MAKAN ROTI/KEK

Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protien dan garam galian. Caranya korang boleh gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti..Roti bagus sebab banyak karbohidrat seterusnya akan menghasilkan lemak2 kat badan kita ada paham?

3) BUAHAN DAN SAYURAN

   Makanlah PISANG makanlah PISANG makanlah PISANG makanlah PISANG.

4) SUPPLEMENT TAMBAHAN

Ada ka supplement yg boleh buat kita gemuk weh kalau nak tambahkan selera makan?? mesti ADA nyah. Caranya korang ambil vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil.
Tapi kalau korang nak cuba sangatlah digalakkan makan vitamin yg ada campuran sayur susu soya buahan tu jangan silap beli ubat ketat sudahlah ops ops ops.

5) JANGAN TINGGALKAN WAKTU MAKAN

 Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari. Caranya korang boleh pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

ADA PAHAM? KALAU TAK PAHAM SILA BACA SEKALI LAGI KEH KEH KEH..

oh yeaa nak habaq sikit, ayam dan daging memang lauk pauk yg boleh menggebukan badan tapi ianya tidak elok jika dimakan secara kerap harap maklum huhuhu! yg mengunyah secara kerap tu kan jangan lupa senamanlah jugak ringan2kan diri berjalan kaki berbasikal turun naik tangga tu haa!! Jangan tau nak duduk tidur dan online saja memang mengundang malapetakalah jawabnya.

5 comments:

Jejaka Riderz said...

dah cube tp xgemuk2 jugak..still maintain slim je..huhuhu

syida said...

badan u dah oke.. xyah nak gemuk2 sgt.. :)

zatiey said...

zatiey pon dlm proses untk naikkan berat badan..wachha!! cepatlah gemuk..nk kwin..hahaha!!

iema ツ said...

nak try la . dah lama nak cari petua naikkan berat badan . akhirnya jmpa jugak . hee . thanks sys :)

Jejaka Riderz said...

ala..nk gemuk2 lagi...nk sampai 80kg..huhuhu


POLI Bloggerz