Followers


Tuesday, March 13, 2012

Bakal suami yang perlu dijauhi..


Gadis sekarang sudah pasti inginkan lelaki yang baik dari segala aspek.. tak gitu guys?? Jom check it out ciri-ciri yang korang perlu jauhi..

Ciri 1 : Akidahnya rosak
Inilah ciri lelaki yang tak layak dijadikan idaman hati. Akidah yang dimiliki sudah jelas terpampang akidah yang rosak. Ibnu Qayyim mengatakan, ‘ Barang siapa yang nak meninggikan bangunannya, maka hendaklah dia mengukuhkan asasnya & memberikan perhatian penuh terhadapnya. Sesungguhnya kadar tinggi bangunan yang boleh dia dirikan adalah setanding dengan kekuatan asas yang dia buat. Amalan manusia adalah ibarat bangunan dan asasnya adalah iman.’ Maksud kat sini kalau akidah & iman seseorang rosak padahal itu adalah pokok atau asas, maka bangunan di atasnya akan turut rosak. Amek perhatian sikit yea pasal nie.. 

Ciri 2 : Senangnya berdua-duaan
Iniah sikap lelaki yg tak baik yang selalu mengajak si gadis yg belum halal baginya utk berdua-duaan iaitu melakukan maksiat.. jeng jeng jeng…tamau2x..

Ciri 3 : mensia-siakan solat
Aku nak tanya korang sikit…
Solat 5 waktu apa hukumnya?? Haa taw pun tapi pesal ada yg anggap solat 5 waktu hukum sunat lagi, mksud aku…kalau rajin, solatlah.. kalau x berapa nk rajin, tinggal jaa.…
Solat jemaah bagi lelaki adalah suatu kewajipan seperti disebutkan dalam al-Quran & berbagai hadis. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, seorang lelaki buta datang kpd Rasulullah SAW & berkata ‘Wahai Rasulullah, aku tak memiliki penunjuk jalan yg dapat mendampingi aku utk mendatangi masjid’. Maka ia meminta keringanan kpd Rasulullah utk tidak solat berjemaah tetapi dibolehkan solat di rumahnya. Kemudian Rasulullah memberikan keringanan kepadanya. Namun ketika lelaki itu hendak beranjak, Rasulullah memanggilnya lagi & bertanya, ‘Apakah kamu mendengar azan? ‘ Ia menjawab ‘Ya’. Rasulullah bersabda, ‘ penuhilah seruan azan itu’.

Ciri 4 : Tangan suka usik-mengusik
Tangan lelaki yg suka bersalam dengan perempuan yg tak halal baginya. Rasulullah SAW pun ketika berjabat & waktu lainnya tak pernah menyentuh tangan perempuan yang tak halal baginya. 

Okeh penat pulak brceramah pagi2 nie..nanti aku sambung len oke.. bubye~

No comments:


POLI Bloggerz