Banyak cara korang boleh amalkan untuk kurus..
JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG
Makanan
adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari
bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh
akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila korang terlalu
lapar, mesti korang akan ambik makanan dalam kuantiti yang banyak. Walaupun tahap pengambilan makanan korang dah
kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah.
Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.
AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minum
kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak
merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan
rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam
perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.
MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI
Air
kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat
membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam
tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti korang tidak akan makan dengan banyak.
ELAK MINUM MINUMAN BERKARBONAT
Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan
garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan korang menangkung sedikit air. Ini
bermakna korang kurang berat yang disebabkan air.
AMBIL SARAPAN PAGI
Korang juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.
Menurut satu kajian, mereka yang tak ambik sarapan pagi lebih
cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula
di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
MAKAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah
makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita
makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan
kepuasan.
KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
MAKAN DENGAN KERAP
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
CUCI MULUT
Kalau terasa nak makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi korang
atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan
membantutkan selera korang.
PILIH MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah
rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori.
Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga
meningkatkan pembakaran lemak.
PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG
Pilih
Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah
sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi
karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
DIARI PEMAKANAN
Simpan 1 diari makanan boleh berpengaruh besar dalam
proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda
makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan korang makan, dan
perasaan korang ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan korang peka
kepada keinginan makan korang. Setelah beberapa lama membuat catatan,
perhati dan kenal pasti di mana korang boleh membuat atau perbaiki tabiat
pemakanan korang kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan korang lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan
diari makanan korang dan rajin-rajinlah membuat catatan.
UTAMAKAN KESIHATAN
Tumpukan
perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam
penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar
motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.
Tukarlah fikiran korang untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang
boleh menyihatkan tubuh badan.
CARA MASAKAN
Cara
memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah
merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, korang boleh
menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak).
Hindari minyak atau lemak haiwan.
PILIHAN PERKAKAS
Ketika
memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring
cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi
dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang
boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik
program tv, semakin banyak makanan ringan yang korang habiskan!
TABIAT BERBELANJA
Khusus
bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja
dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong.
Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli
makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera
harus korang kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar
memerlukannya.
KURANGKAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
AKTIVITI SAMPINGAN
Selain
memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah
makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu.
Setiap 25 langkah korang berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih
lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut korang baru saja terisi.
Untuk mengempiskan
perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif.
Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop.
Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut
atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii.
Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik
tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv.
Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi
yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
2 comments:
you. petua nk gemukkan sikit ada x? hehe.
berat bdn x seimbang nie..
yup mestilah ade.. try cek kat tips yg i dah post :)
Post a Comment